A response on the Anti Interfaith Commission issue from one of the participants of the problematic Article 11 workshop north of Malaysia, Penang
Comment & Analysis Freedom of religion under the Constitution Shad Saleem Faruqi
Last Sunday a public forum was scheduled to be held in Penang on "The Federal Constitution: Protection For All". The forum was organised by an umbrella group of 13 NGOs. A police permit had been obtained.
Sadly, about 500 placard-waving, slogan-mongering protesters, without a police permit, heckled, disrupted and intimidated the speakers. The police reacted to the emotionally charged situation by ordering the forum participants to disperse after half an hour of deliberations.
I was slotted to be a speaker at the forum and witnessed first-hand the triumph of mob rule over the rule of law.
If in the presence of a large number of police officers, an unlawful group of intimidators can so easily subvert a lawful assembly, then the constitutional right to assembly and association is indeed illusory.
My paper entitled "Constitutional Perspectives on Freedom of Religion" intended to survey the legal landscape of this most fundamental freedom.
I intended to point out that Malaysia has a record of racial, cultural and religious tolerance that should be the envy of all plural societies. Cultural and religious pluralism are not only tolerated; they are celebrated both officially and privately.
Legislation provides for Muslim and non-Muslim religious institutions. Financial allocations, gifts of land and tax exemptions are granted to all religions.
Cultural and religious tolerance extends to the use of minority languages in trade and commerce, and the establishment of private schools using the English, Chinese and Tamil languages.
The Malaysian approach towards matters of faith is that the state should not be indifferent to, or hostile towards, religions. It must promote tolerance. Tolerance comes not from the absence of faith but from its living presence.
Special position of Islam
In Article 3(1) it is provided that Islam is the religion of the Federation but all other religions may be practised in peace and harmony. This adoption of an official faith is not a unique constitutional phenomenon. Scores of countries around the world, both in the East and the West, prescribe a state religion.
The alternative secular model of confining religion to the private sector and separating the state from the church, and law from religion is, of course, even more common.
The implication of adopting Islam as the religion of the Federation is that Islamic education and way of life can be promoted for Muslims. Islamic institutions can be established. Islamic courts can be set up. Muslims can be subjected to the syariah in areas assigned by the Constitution.
Nevertheless, the forefathers of the Merdeka Constitution did not intend to launch a theocratic state. In Che Omar Che Soh (1988), the Supreme Court said in unmistakable language that though Islam is the religion of the Federation, it is not the basic law of the land. Despite Article 3, Islam applies to Muslims only in areas outlined in the Constitution.
Article 11
The Constitution in Article 11(1) shows special tenderness for religious liberty. In respect of religion, every person has the right to three things:
>> To profess;
>> To practise; and
>> Subject to Article 11(4), to propagate his religion.
The right to religion is available not only to individuals but also to groups and associations: Article 11(3) and 12(2).
Every religious group has the right to:
>> Manage its own affairs.
>> Establish and maintain institutions for religious purposes.
>> Acquire and own property and administer it: Article 11(3).
>> Establish and maintain institutions for religious education: Article 12(2).
The right is available to citizens as well as to non-citizens: Article 11(1).
There is no compulsion on anyone to support a religion other than his own. No person shall be compelled to pay any tax the proceeds of which are specially allocated to a religion other than his own: Article 11(2).
There is to be no discrimination on the ground of religion in relation to the rights of students to education or in public support for educational institutions: Article 12(1) and 8(2).
No person shall be required to receive instructions in or to take part in any ceremony or act of worship of a religion other than his/her own: Article 12(3).
There can be no discrimination on the ground of religion against employees in the public sector; in the acquisition, holding or disposition of property; and in any trade, business or profession: Article 8(2).
A preventive detention order cannot be issued on the ground that a convert out of Islam is involved in a programme for propagation of Christianity amongst Malays: Minister v Jamaluddin bin Othman (1989).
Article 150 (6A) provides that freedom of religion cannot be restricted even in times of emergency by an emergency law under Article 150.
Areas of concern
In the last few years, however, racial and religious polarisation has set in. Narrow-mindedness, intolerance and bigotry, like the type evidenced in the Penang protest, are gaining ground.
As is the case in all societies, there are areas where religious, cultural, and ethnic interests are competing and clashing.
What is needed is a fair balancing of interests with the least friction and waste. For four decades such a balance was maintained.
Now as new challenges emerge, bold vision and courage are needed to steer the ship through the looming storms. (To be continued.)
Dr Shad Saleem Faruqi is Professor of Law at Universiti Teknologi Mara.
A response on the Anti Interfaith Commission issue from one of the participants of the problematic Article 11 workshop north of Malaysia, Penang
|
I am saddened that premature conclusions were drawn by narrow-minded Muslims
in Malaysia, who had completely misunderstood the purpose of Article 11, and even the principles of their own religion, while refusing others who are not of the faith to have their own opinions on things, even if the latter might perhaps had a better view of the religion themselves. Anyway, evidence of such dogged narrowness is as below. Sigh
Such a small land, yet so many controversies. Has someone invented a machine to create controversies on demand?
Read what the Anti Inter-Faith Commission Association have to say below in their press statement. Sorry, no time to translate it to English yet, but I will try to do so when I could. or if someone out there has, please do post me a copy. _______________________________________________________________________________________ Badan Anti Suruhanjaya Antara Agama - IFC (BADAI) Pulau Pinang
Bertarikh : 16 Mei 2006
Kepada : Pengarang Media
Siaran Media
Penegasan BADAI berhubung Aktiviti Kumpulan Artikel 11/IFC
Badan Anti Suruhanjaya Antara Agama - IFC (BADAI) mengucapkan terima kasih kepada seluruh umat Islam dan NGOs yang hadir di dalam siri demonstrasi di hadapan Hotel Cititel, Penang Road , Pulau Pinang 14 Mei yang lalu. Semoga Allah mengganjari dan memperkuatkan iman saudara-saudari sekalian dan seluruh umat Islam yang bersama kami untuk terus berdepan dengan musuh Allah.
Kejayaan umat Islam yang hadir pada hari tersebut sehingga menggagalkan forum yang menuntut kebebasan murtad membuktikan kekuasaan Allah Azzawajalla telah menurunkan pertolonganNya sebagaimana dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran kepada orang-orang yang beriman dan membela Islam.
BADAI menyangkal dakwaan Haris Ibrahim bahawa penunjuk perasaan tersalah maklumat bahawa forum tersebut tidak kena mengena dengan IFC, sedangkan mereka mempunyai agenda tersembunyi dan kami mengetahui perkara ini berdasarkan 2 forum yang telah dibuat sebelum ini di Petaling Jaya dan Melaka.
BADAI dengan ini mewakili seluruh umat Islam dan NGOs Islam yang cintakan aqidah dan keharmonian hidup pelbagai agama di Malaysia menyatakan SEKERAS-KERASNYA PENEGASAN berikut:-
1.. Supaya HENTIKAN sebarang usaha yang menghina undang-undang syariah dan menghina Islam dalam apa jua program dan acara di seluruh negara. Saya mengingatkan kumpulan ini, jika sekiranya masih berdegil , saya memberi jaminan bahawa kumpulan Artikel 11 ini dan seumpamanya akan berdepan dengan risiko yang lebih besar daripada mereka hadapi pada 14 Mei yang lalu.
2.. supaya MENGHORMATI Islam sebagai agama rasmi Negara , dan umat Islam yang selama ini sangat bertolak ansur dengan agama-agama lain.
3.. supaya kumpulan ini MESTI MENGHENTIKAN usaha untuk menuntut kebebasan murtad melalui Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang sekaligus mempertikai syariat Islam di mana setiap umat Islam dilarang sama sekali meninggalkan agamanya.
BADAI yakin bahawa mahkamah syariah mesti dikekalkan kerana Islam adalah satu-satunya agama di dunia ini yang memiliki peraturan yang menyeluruh dan sempurna sehingga kepada hal-hal peribadi untuk umatnya. Bagaimana peruntukan peraturan ini hendak dilaksanakan tanpa adanya mahkamah syariah ?
BADAI menganggap bahawa sebarang usaha untuk menghapuskan artikel 121(1a) hanya akan mengundang salah faham dan mengancam keselamatan Negara kerana artikel berkenaan telah diterimapakai hampir 20 tahun tanpa berlaku sebarang ketidakadilan dan mengancam hak agama lain sehinggalah kumpulan ini sengaja mengapi-apikan isu keislaman Allahyarham Mohamad Abdullah @ Moorthy yang telah pun diselesaikan oleh kedua-dua mahkamah (sivil dan syariah).
Perjuangan mereka yang mengetengahkan isu Allahyarham Mohamad Abdullah @ Moorthy , S. Shamala, Kamariah Ali, Nyonya Tahir dan Lina Joy adalah bukti niat jahat mereka dan agenda terselindung mereka untuk menubuhkan IFC.
BADAI bagi pihak seluruh Umat Islam yang cintakan aqidah ini, MENYERU dengan sepenuh hati :-
1.. Supaya YAB Dato' Seri Abdullah Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia supaya TIDAK MENDENGAR tuntutan mereka walaupun disertakan ribuan 'tandatangan', demi mengekalkan keharmonian hidup masyarakat pelbagai agama dalam Negara ini.
2.. Supaya ketua-ketua kumpulan ini yang terdiri daripada bukan Islam supaya mereka tidak menyibukkan diri untuk menentang undang-undang syariah dan agama Islam sebaliknya mereka berkewajiban untuk menyertai Islam bagi menyelamatkan diri mereka daripada Azab Api Neraka Jahannam yang telah disediakan oleh Allah .
3.. Agar mereka yang sedia Islam agar tidak bersubahat dengan agenda jahat ini dan segera bertaubat kembali kepada Allah serta meninggalkan fahaman-fahaman yang berteraskan akal fikiran yang kosong daripada Al-Quran dan hadis.
4.. supaya berhati-hati dan berwaspada dengan agenda kumpulan ini yang turut didalangi oleh individu-individu yang berwajahkan Islam tetapi menganut fahaman liberalisme, pluralisme, dan secularisme.
5.. Supaya pendokong-pendokong agama bukan Islam agar merujuk kekeliruan berkenaan Islam daripada sumber yang betul dan tidak merujuk kepada kumpulan-kumpulan liberal Islam seperti Sisters In Islam dan seumpamanya.
6.. Supaya seluruh umat Islam membantu dan menyokong perjuangan BADAI dan NGOs yang bersama-sama dalam sebarang bentuk bantuan dan sokongan.
Ulasan balas kenyataan Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri , 16 Mei)
BADAI berpendirian bahawa Nazri telah memberikan suatu respon yang tidak melambangkan beliau adalah seorang menteri dan sekaligus kenyataan tersebut mengheret kabinet Malaysia menyokong usaha-usaha penubuhan IFC dan kebebasan murtad apabila beliau mengaitkan kenyataan beliau sebagai pendirian kerajaan.
BADAI menegaskan bahawa Nazri yang mengaku Islam tidak boleh sesekali bersekongkol dengan kumpulan Artikel 11 dan seumpamanya apatah lagi memberi ruang kebebasan murtad kepada orang Islam. Oleh yang demikian , Nazri diminta untuk bertaubat.
Kenyataan Nazri ini jelas menggambarkan bahawa hak asasi manusia pada pendirian beliau hanya menjadi hak kepada mereka yang berkepentingan dan berkuasa dan tidak bagi kepentingan awam. Ini merujuk kepada kenyataan beliau yang menyatakan forum yang digagalkan pada 14 Mei lalu adalah hak mereka yang berada di dalam dewan , jadi bagaimana pula dengan hak umat Islam yang lain yang tidak bersetuju dengan apa yang dibincangkan di dalam dewan yang sudah tentu hasil forum tersebut akan membawa mudarat besar kepada keharmonian negara kelak? Di sini persoalan ,apakah kayu ukur Nazri dalam menggariskan hak asasi manusia?
Ustaz Mohd Hafiz Nordin Pengerusi BADAI badai_ifc@yahoo.com
I am saddened that premature conclusions were drawn by narrow-minded Muslims
|
Penerbitan semula sebuah artikel yang bermula sebagai surat kepada editor Berita Harian di Malaysiakini
Amir Muhammad propagandis? Clarissa Lee Ai Ling May 11, 06 3:29pm
Perdebatan mengenai filem Sepet dan Gubra karya Yasmin Ahmad, dan terkini dengan dokumentari Amir Muhammad bergelar ‘The Last Communist’ oleh mereka yang menggelar diri mereka pengkritik dan pembikin wacana kebangsaan telah berjalan hangat sekali. Sekarang, ingin saya merakamkan sepatah dua persepsi saya mengenai isu hangat ini.
Pada hemat saya, ada beberapa sebab mengapa kedua-dua pengarah filem ini dan filem mereka telah dikecam. Pertama, mereka merupakan pembikin filem etnik (saya tidak mahu menggunakan perkataan ‘bangsa’ di sini atas sebab yang akan jelas kemudian) Melayu yang telah berani keluar daripada rangka yang biasa menyelubungi filem Melayu/Malaysia yang dibikin pengarah filem Melayu yang lain. Kalau kita perhatikan, kebanyakan filem di negara termasuk filem Cina dan Tamil yang dibuat oleh kaum-kaum yang berbeza akan cuba menonjolkan sebuah Malaysia yang bagaikan hanya didiami oleh satu kaum sahaja. Biasanya hanya satu bahasa digunakian dan Malaysia dicerminkan sebagai tanah Melayu, tanah Cina atau tanah India, bergantung kepada siapa yang membikin filem tersebut.
Mungkin ada yang mengkritik bahawa Yasmin telah menggunakan bahasa Inggeris atau ‘Manglish’ dalam filemnya, tetapi itulah hakikatnya, di negara ini kita biasa berkomunikasi dalam bahasa yang mempunyai bauran Melayu, Inggeris dan mungkin juga ada pengaruh dialek-dialek lain.
Kita janganlah cuba lagi menghidupkan pandangan steril yang cuba menbandingkan diri dengan negara Thai dan Indonesia, sebab mereka sememangnya mempunyai sejarah yang berbeza dari kita sejak tanah kita dijajah.
Kalaulah kita dapat melihat kepada yang lebih positif, kita akan sedar bahawa filem seperti Sepet dan Gubra akan membuka kembali diskusi penggunaan bahasa dan identiti bangsa Malaysia yang pernah dimulakan semasa Konvensyen Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada awal 1970an.
Hegemoni kaum
Kita juga perlu melihat apakah maksud tersirat di sebalik filem itu (walaupun jika maksud itu dianggap cetek oleh mereka yang rasa diri mereka lebih “dalam”) dan adakah ia memulakan wacana yang telah mula dihindar semenjak 13 Mei 1969?
Satu lagi masalah yang saya lihat dari kritikan yang telah ditujukan kepada filem Yasmin dan dokumentari Amir Muhammad, ialah perasaan goyah sekumpulan orang yang merasakan “hegemoni” kaum mereka diancam oleh kemahuan sebilangan orang yang tidak mahu menyamakan maksud bangsa dengan hanya satu-satu kaum dengan membelakangkan kaum lain.
Bagi mereka, bangsa sewajarnya bermaksud bangsa Malaysia, tanpa mengambil kira asal keturunan yang telah ditentukan oleh pergerakan manusia semenjak awal tamadun. Inilah tanggapan yang saya terima daripada kritikan ke atas dua-dua filem, apatah lagi, satu daripadanya belum lagi benar-benar ditayangkan kepada khalayak ramai.
Kumpulan yang bagaikan pro-ketuanan sesuatu kaum itu tidak mahu melihat bangsa sebagai amalgamasi kepelbagaian penduduk yang telah lama menetap sebagai rakyat di Malaysia, tetapi mahu melihat tanah Malaysia sebagai tanah mono-kaum semata-mata.
Maka, mereka akan mengkritik sesiapa yang cuba keluar daripada wacana sempit ‘bangsa’. Adakah hanya kaum Melayu yang telah menyumbang kepada kedaulatan negara ini? Memang tidak dapat dinafikan bahawa kaum Melayu merupakan majoriti di negara ini, atas sebab demografi dan adat kekeluargaan, tetapi adakah wajar untuk tidak mempedulikan kaum-kaum lain yang juga pernah menyumbang dan menyokong pembentukan negara tercinta?
Maka, saya amat menyokong adanya filem yang dapat memaparkan pahlawan-pahlawan dan tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembentukan bangsa. Saya yakin bahawa semestinya ada saling-kaitan dan perhubungan sesama tokoh-tokoh berbilang bangsa, apatah lagi mereka yang kontemporari.
Mungkin dengan itu, kaum-kaum lain yang selama ini terasa diketepikan akan dapat merasakan bahawa mereka tidak diseterukan. Ini sedikit-sebanyak akan menyumbang kepada penghapusan sikap fascisme dan chauvinisme dalam setiap kaum.
Mengenai kritikan bahawa filem Amir Muhammad akan membawa kembali kenangan pahit adalah tidak wajar. Tiada tamadun manusia yang tidak mempunyai kenangan pahit untuk mengiringi kegemilangan mereka. Kalau kita ingin mengatakan Chin Peng dan konco-konconya telah membunuh ramai rakyat Malaya, kita boleh juga katakan serangan Jepun juga telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa, yang saya rasa lebih dahsyat daripada kemaharajalelaan Parti Komunis pada masa darurat.
Mungkin ada yang menyanggah hujah saya dengan mengatakan sebagai warga Tanah Melayu, Chin Peng dan konco-konconya tidak wajar bertindak sedemikian. Kalau begitu, kita memang buta dengan penindasan secara halus yang berlaku di negara kita pada setiap hari, walaupun tidak dengan cara terbuka seperti aksi-aksi komunis ini.
Kita tidak patut memikirkan yang hanya kita berhak untuk bersungut mengenai pengalaman pahit kita, sebab pengalaman yang kita lalui sebenarnya tidaklah seteruk yang dilalui di negara-negara lain pada zaman yang sama, misalnya di Cina, Korea, Russia, dan Eropah. Tidak lupa juga perjuangan dan peperangan yang berlaku dengan banyaknya di negara-negara benua Africa di sekitar waktu itu juga.
Ini tidak bermaksud saya ingin meremehkan penderitaan rakyat kita. Saya juga amat memahami penderitaan ini kerana moyang saya pun pernah melaluinya sebagai warga negara ini pada zaman itu. Tetapi adakah dengan itu, kita tidak lagi mahu membincangkan lagi bahagian-bahagian sejarah yang dianggap kejam dan belajar darinya?
Keganasan Jepun
Kalau begitu, mungkin kita patut hapuskan pembelajaran sejarah dalam sukatan pendidikan kebangsaan, kalau kita begitu sensitif dengan segala yang bakal menyentuh peribadi kita?
Kita juga terlupa bahawa mereka yang terlibat dalam parti komunis turut menyumbang kepada kejatuhan Jepun di negara kita. Kalau tidak, masakan ahli-ahli parti itu terdiri dari berbilang kaum? Saya tidak bermaksud untuk membenarkan tindakan ganas mereka, tetapi ini adalah hakikat sejarah.
Kita juga jangan lupa pada zaman global ini, adalah sangat mudah untuk seorang anak muda memperolehi bahan-bahan bacaan falsafah Marxism dan Komunism. Adakah kita dapat mengawal mereka dari menganuti falsafah-falsafah berkenaan? Tidak semua manusia tidak dapat membezakan antara sesuatu yang intelektual dengan yang emosi. Juga, adakah dengan menunjukkan filem itu, Amir (bawah kanan) adalah seorang propagandis? Kalau kita mahu berkata demikian, banyak medium selain dari filem yang mempunyai potensi sebagai propaganda, termasuk akhbar itu sendiri serta kritikan-kritikan terhadap dokumentari itu.
Pada pendapat saya, propaganda hanya berlaku apabila hanya suara sesetangah dibenarkan dan suara-suara lain dibenamkan. Ia berlaku apabila fakta-fakta sengaja diubah atau disimpangkan untuk meneruskan ‘perjuangan’ propagandis itu, dan tiada sesiapa yang dibenarkan membangkangnya.
Kalau dirasakan Amir itu seorang propagandis, biarkanlah filem itu ditayangkan dan biarkan orang ramai memberikan pandangan masing-masing mengenainya. Kalau filem itu buruk atau teruk, ia akan mati dengan sendirinya. Atau ia boleh dijadikan satu bentuk pengajaran kepada bakal pembikin filem dan dokumentari lain.
Penayangan secara terbuka sebenarnya lebih selamat dari kepelbagaian mesej halus yang disampaikan dengan cara-cara lain misalnya oleh ekstremis agama atau ideologi yang mengelar diri sebagai penegak kedaulatan agama atau sesuatu ideologi.
Akhirnya, saya telah terbaca di akhbar The Star yang bertarikh 7 Mei bahawa Malaysia mahu mendirikan sebuah ‘Universal Studio’ ala Amerika Syarikat di bawah Pelan Malaysia Kesembilan. Maka, adalah ironis kalau kita terus mempunyai undang-undang samar yang terus menyekat kreativiti mereka yang terlibat dalam bidang-bidang sebegini.
Adakah Malaysia mahu terus menjadi negara ‘kilang’ di mana kita hanya ‘mengilangkan’ produk-produk asing tetapi tidak mahu membangunkan dan mempelbagaikan produk kreatif kita pada tahap yang bermutu?
Pada masa sekarang, wacana kebudayaan kita dari segi sastera, filem dan seni masih tersangat sempit. Kita masih dibelenggu oleh keinginan untuk menentukan ‘identiti’, dan perjuangan fascist masingt-masing melalui cara yang menekan identiti individu lain dan bukan dengan cara interogasi yang akan menjanakan kreativiti yang lebih refleksif dan menjurus kepada kecemerlangan.
Mungkin sebab itulah kita masih terperangkap dalam wacana pasca-kolonial dalam bentuk yang sempit yang menyembunyikan ketidakyakinan diri kita.
CLARISSA LEE AI LING berkerja sebagai seorang ‘copywriter’ di sebuah syarikat periklanan di Kuala Lumpur.